Pengenalan


Terlebih dahulu saya memanjat syukur kehadrat Allah s.w.t kerana memberi kekuatan kepada saya untuk memulakan coretan pertama dalam blog ini. Selawat dan salam ke Atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kepada pelanggan-pelanggan Alaf Technology, diucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan tuan-puan semua. Dan kepada yang baru mengenali Alaf Technology, silakan melayari blog ini, semoga tuan-puan mendapat manfaat yang banyak.

Blog ini adalah disediakan khusus untuk membantu para pelanggan Alaf Technology bagi mendapat maklumat terbaru mengenai sistem yang dibangun oleh pihak Alaf Technology. Juga diharapkan dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Kepada yang baru mengenali Alaf Technology, tuan-puan berpeluang mengetahui produk yang kami miliki. Untuk pengetahuan tuan-puan juga, Alaf Technology telah menceburi bidang pembangunan sistem telah lebih dari 20 tahun. Sepanjang itu, kami telah berjaya membangun sistem maklumat perakauan yang boleh diintegrasi dengan beberapa sistem lain seperti sistem maklumat pihak berkuasa tempatan (PBT) , sistem keahlian koperasi dan sistem pajak gadai islam (ar rahnu). Kami juga dalam proses mengintegrasi sistem yang sedia ada dengan sistem yang boleh dilaksanakan melalui internet.

Akhir sekali, kami mengharapkan sesiapa sahaja dapat memanfaat maklumat dari blog ini.

Sekian,

Wassalam.
Mohd Fadzillah Salleh
H/p: 012-9548384
Email: mfs.alaftech@gmail.com




Mohd Fadzillah bin Salleh telah menamat pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan sistem pada tahun 1987 di UKM.Walau bagaimana pun, kecenderungannya dalam pembangunan sistem maklumat telah menghasilkan beberapa sistem maklumat berkomputer, seperti Sistem Perakaunan, Sistem Maklumat PBT, Sistem Keahlian Koperasi dan Sistem Pajak Gadai Islam (AR RAHNU).

Di antara pelanggan yang pernah mendapat khidmatnya adalah :-
  1. Bank Islam
  2. Bank Rakyat.
  3. Majlis Daerah Ketereh
  4. Majlis Daerah Machang
  5. Majlis Daerah Pasir Mas
  6. Majlis Daerah Pasir Puteh
  7. Majlis Daerah Kuala Krai
  8. Majlis Daerah Tumpat
  9. Majlis Daerah Tanah Merah
  10. Majlis Daerah Bachok
  11. Majlis Perbandaran Kota Bharu
  12. Permodalan Kelantan Berhad
  13. Koperasi Pegawai Kerajaan Pahang
  14. Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah
  15. Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
  16. Koperasi Pembangunan Daerah Dungun