Aplikasi sistem maklumat bersepadu PBT.

Aplikasi sistem maklumat bersepadu PBT adalah merupakan satu aplikasi sistem yang telah dibangunkan untuk memudahkan kerja yang perlu dilakukan oleh kakitangan PBT dalam melaksanakan tanggung jawabnya.

Bermula dari tahun 1992, kami telah mula memasang aplikasi sistem Lejer Am, aplikasi sistem Taksiran, aplikasi sistem Perlesenan, dan aplikasi sistem Sewaan di lapan majlis daerah di Kelantan.

Pada awal tahun 2000, kebanyakkan aplikasi sistem maklumat yang dibangun oleh pihak lain mengalami masalah Y2K, tetapi aplikasi sistem yang kami bangunkan tidak mengalami masalah itu, dan sehingga tahun 2010 ini Majlis Daerah Tanah Merah masih boleh mengguna aplikasi sistem kami.

Aplikasi sistem yang kami bangunkan pada peringkat awal ini mula tidak dapat dipakai apabila Microsoft mengeluarkan Windows XP. Ia itu bagi majlis daerah yang perlu menukar komputer mereka kepada komputer baru yang mengguna windows XP, maka aplikasi sistem kami yang awal itu tidak dapat dipakai lagi.

Pada tahun 2004, kami mula memasang aplikasi sistem maklumat PBT yang baru di Majlis Daerah Tumpat diikuti Majlis Daerah Ketereh, Majlis Daerah Pasir Puteh, Majlis Daerah Pasir Mas, Majlis Daerah Machang dan akhir sekali Majlis Derah Kuala Krai.

Aplikasi sistem Maklumat PBT yang baru ini adalah lebih lengkap dan lebih mudah penggunaannya, serta perkongsian maklumat antara unit-unit di majlis daerah menjadi perkongsian maklumat masa sebenar (real time).