Sistem Keahlian Koperasi bersama sistem perakaunan

Sistem Keahlian Koperasi bersama sistem perakaunan adalah satu sistem maklumat yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Sistem ini juga telah mengalami dua versi, iaitu versi sebelum penggunaan windows XP dan versi selepas penggunaan windows XP.

Sistem yang dibangunkan ini telah banyak membantu pihak koperasi mengurus maklumat ahli, akaun pinjaman ahli dan penyediaan penyata potongan gaji. Sementara sistem perakaunan yang diintegrasi dengan sistem keahlian koperasi, menjadikan maklumat kewangan dapat dikongsikan secara masa sebenar (real time).